BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 19 Februari 2013

masih ada rindu

Mengisahkan Syafika yg mengahwini Hakim semasa masih belajar di universiti. Akibatnya dia tidak diakui anak oleh ibunya sendiri. Dengan diwalikan ayahnya Sharifuddin dalam satu majlis ringkas di rumah, Syafika sah menjadi isteri Hakim. 
Shafika bahagia bersama Hakim apatah lagi ibu dan ayah mertua, Hajah Noraini dan Haji Baharin menerimanya dengan baik. Dua bulan selepas perkahwinan, iaitu semasa hari jadi Syafika, Hakim meninggal dunia di pangkuan Syafika semasa bulan madu mereka di Lanjut Beach Resort akibat diserang asma.
Kematian Hakim mengejutkan semua, apatah lagi Syafika yg seolah2 berada di awangan, tidak dapat menerima hakikat kematian Hakim. Hakim juga tidak sempat berjumpa abang kesayangannya Hadi yang baru tiba dari luar negara.
Selepas melahirkan Adam, Hadi bertindak sebagai seorang ayah kepada anak Syafika. Hadi meluahkan perasaannya, payah utk diakui Syafika, tapi di hatinya turut berlagu sayang. Namun Syafika meletakkan syarat utk berkahwin selepas Adam dapat berjalan. Sewaktu hampir masa tersebut, Hadi hampir melakukan sesuatu yg amat melukakan Syafika. Akibatnya, Shafika minta izin keluar dari rumah dan menumpang di rumah kakaknya Syawani dan sepupunya Nora.
Sewaktu pertunangan Imran, Syafika berjumpa ibunya dan memohon kemaafan. Rupanya Zaleha juga telah lama menyesali perbuatannya tapi malu utk mengakui betapa kasih sayangnya kepada Syafika tidak pernah luntur. Syafika bahagia dengan perkahwinannya dengan Hadi dan diterima kembali ke dalam keluarganya kembali.
sebak dgn perkahwinan syafika yg x direstui orang tua....sedih bila terbayangkan jika kita brada d tmpt syafika...mcm biasa sya bca novel sambil menangis...huhuhuhuhuhu..hrap2 perkahwinan saya direstui keluarga nanti...amin......


0 ulasan: