Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema.
Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu
menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan
demi menjaga maruah keluarga.
Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki
yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh
seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan
yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia
Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.
Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah
gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang
membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling
berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti
terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan
apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?
Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi
melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah
mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila
diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?
TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...
Selasa, 19 Februari 2013
tiada lagi mimpi
kadang2 sya bca novel ni ad rsa marah,sakit hati dan pelbagai...tapi novel mmg terbaek la......
Dicatat oleh Unknown di 9:31 PTG
Label: qaseh athikah, tiada lagi mimpi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan