BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 21 Februari 2013

kasih yang suci

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan? Segala-galanya dalam Kasih Yang Su
ci.

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti 
.kasih yang suci sukar d cari...itulah nmanya cinta yg suci....susah utk mencari lelaki yang setia macam seth 2 kan!!!!!dlm 1000 pon blum tentu jumpa...apa2 pon novel ni sgt bagus n memberi erti kpda sya....

 

Selasa, 19 Februari 2013

tiada lagi mimpi

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

kadang2 sya bca novel ni ad rsa marah,sakit hati dan pelbagai...tapi novel mmg terbaek la......

masih ada rindu

Mengisahkan Syafika yg mengahwini Hakim semasa masih belajar di universiti. Akibatnya dia tidak diakui anak oleh ibunya sendiri. Dengan diwalikan ayahnya Sharifuddin dalam satu majlis ringkas di rumah, Syafika sah menjadi isteri Hakim. 
Shafika bahagia bersama Hakim apatah lagi ibu dan ayah mertua, Hajah Noraini dan Haji Baharin menerimanya dengan baik. Dua bulan selepas perkahwinan, iaitu semasa hari jadi Syafika, Hakim meninggal dunia di pangkuan Syafika semasa bulan madu mereka di Lanjut Beach Resort akibat diserang asma.
Kematian Hakim mengejutkan semua, apatah lagi Syafika yg seolah2 berada di awangan, tidak dapat menerima hakikat kematian Hakim. Hakim juga tidak sempat berjumpa abang kesayangannya Hadi yang baru tiba dari luar negara.
Selepas melahirkan Adam, Hadi bertindak sebagai seorang ayah kepada anak Syafika. Hadi meluahkan perasaannya, payah utk diakui Syafika, tapi di hatinya turut berlagu sayang. Namun Syafika meletakkan syarat utk berkahwin selepas Adam dapat berjalan. Sewaktu hampir masa tersebut, Hadi hampir melakukan sesuatu yg amat melukakan Syafika. Akibatnya, Shafika minta izin keluar dari rumah dan menumpang di rumah kakaknya Syawani dan sepupunya Nora.
Sewaktu pertunangan Imran, Syafika berjumpa ibunya dan memohon kemaafan. Rupanya Zaleha juga telah lama menyesali perbuatannya tapi malu utk mengakui betapa kasih sayangnya kepada Syafika tidak pernah luntur. Syafika bahagia dengan perkahwinannya dengan Hadi dan diterima kembali ke dalam keluarganya kembali.
sebak dgn perkahwinan syafika yg x direstui orang tua....sedih bila terbayangkan jika kita brada d tmpt syafika...mcm biasa sya bca novel sambil menangis...huhuhuhuhuhu..hrap2 perkahwinan saya direstui keluarga nanti...amin......


Isnin, 18 Februari 2013

bicara hati

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

sedih sampai terkeluar air mata saya....romantik pon blh buat saya menangis.......

 

Ahad, 17 Februari 2013

jendela hati

assalamualaikum,

novel saya baca kali ini jendela hati....kisah dari novel ini adalah Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.kepulangan farah membuat hati lelaki itu sangkakan isterinya.....
novel saya bca jendela hati mmbuat saya menangis kerana kisah mereka...jiwa la saya bila bca novel....


Sabtu, 16 Februari 2013

gelora jiwa

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang?
Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka.
Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya, tapi kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Cinta hadir tanpa dipaksa…tapi bagaimana jika kita sudah mempunyai ikatan yang akan membawa kita hidup bersama orang yang kita tidak cinta…itulah dilemma yang dilalui oleh Intan Azureen…dikala dia menemui seseorang yg dicintainya dan mencintainya, dia juga harus menjadi anak yang baik yang akur pada amanat keluarganya dan mengahwini lelaki pilihan keluarga

mungkin semua org ptt ad pilihan sendiri...rakan2 sy sayangi novel yg sy bca kali ini adalah membuat pilihan aty yg terbaek...sedih bila fikirkan jodoh...siapalah jdoh sy...

setia hujung nyawa


mesti rkan2 sy d blog dh tgk cerita setia hujung nyawa...cter 2 mmg best gler..romantik ad,sedih ad,happy2 pon ad...kira cter 2 3 dlm satu la kot...firstly sy nk ckap, msa mula2 dy kahwin mmg best tp bila dah pertengahan cerita mula sedih apabila suami Elsalina mnengetahui bhawa El mngandung anak org laen...brmula lah kisah Elsalina dgn Zain hakimi yg mnyedihkan...si isteri d layan kasar oleh si suami...sampai mnangis2 sy bila baca novel n tgk cter 2...sy xbyk la blh cerita psal 2..rakan2 kna la lyan sendiri..bila dah mningkat umur ckit nk cri owg yg blh setia hjung nyawa lah...motif gatal ckit...hahahahahaha


#peminat setia novel

ombak rindu

assalaimualaikum,

saya hnya nak cerita tentang novel yg pernah sy bca...walaupun sy seorang yg brhati keras tapi dalam hati ad tman...novel nya yg brtajuk ombak rindu...cerita yg sangat mnyedihkan apabila hrga diri seorang perempuan d rampas...saat kesedihan dtg,kasih syg kaum adam trhadap kaum hawa mula timbul...d s2 la brmula bibit2 cinta antara mereka...d saat kbhgiaan dtg mula la org 3 wjud...tetapi cinta antra mereka tetap utuh....

rinduku umpam ombak yg xbrhenti
ksihmu bagai pantai yg setia menanti

Jumaat, 15 Februari 2013

tentang kehidupan

 Askum & hello kpda  rakan2 blog sy....sy hnya seorang simple girl....xada yg mnarik tentang diri sy....sy hnya seorang yg suka tgk tv & baca novel...


sy hnya biasa...xcantik mcm owg laen...seorang yg simple tp ok ......sayang korang ketat2